Tuesday 14 August 2012

Giliran Pandalela Rinong pula

Semua org tau Pandalela Rinong anak Pamg telah melakar sejarah dan kejutan untuk Malaysia dalam Temasya Olimpik London 2012. Kejayaan beliau meraih gangsa dalam acara terjun10m platform sedikit sebanyak melahirkan rasa bangga dan'wow' effect kepada rakyat Malaysia.

Dengan ini, Malaysia boleh menang pingat selain badminton dalam Sukan Olimpik. Itu satu pencapaian mengagumkan. Bertambahlah acara yg boleh bagi pingat kat Malaysia.

Sebagai atlet wanita pertama yang diberi penghormatan untuk membawa Jalur Gemilang semasa acara pembukaan Olimpik London, sekarang Pandalela Rinong mencatat namanya sebagai atlet wanita pertama Malaysia memberi pingat kepada Malaysia di temasya Olimpik ( rasanya ada kontroversi skit kat situ kalo tau sejarahnya) . Tak kisahlah... aku sebagai rakyat Malaysia hanya boleh ucapkan :

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH PANDELELA RINONG. 

THANK YOU.....

Thursday 9 August 2012

Thank You DATO' LEE CHONG WEI


Aku rasa xtlmbt kalo aku nak ucapkan terima kasih dan tahniaah kepada DATO' LEE CHONG WEI atas usaha Dato' membawa pingat perak temasya Olimpik London.

Aku adalah antara rakyat Malaysia yang berada di rumah semasa perlawanan akhir Dato' Lee Chong Wei vs Lin Dan dalam pukul 8mlm 5 August 2012 tempoh hari. Aku rasa ramai juga rakyat Malaysia yg mengadap TV untuk melihat perlawanan epik tersebut.

Betapa berdebar2nya jantung aku, bangganya aku dapat lihat rakyat Malaysia bernama Dato' Lee Chong Wei ini main bermati-matian, berhempas pulas untuk membawa pingat emas pertama Olimpik tetapi tidak kesampaian

Walaupun kalah, tetapi semangat xmengalah xputus asa tu membuatkan aku dan rakyat Malaysia turut bersedih dgn Dato' Lee Chong Wei. Tetapi sangat bangga dengan apa yang Dato' Lee Chong Wei lakukan semasa final tempoh hari. Aku rasa bukan rakyat Malaysia sahaja yang rasa Dato' Lee Chong Wei patut menang tetapi seluruh dunia pun berasa sedemikian.



Perkataan pertama Dato' Lee Chong Wei keluarkan 'Minta maaf ' kepada jurulatihnya dan rakyat Malaysia cukup membuktikan beliau telah lakukan yang terbaik. Beliau sudah memenangi hati rakyat Malaysia dan seluruh dunia .

Aku rasa air mata Dato' Lee Chong Wei dan usaha beliau xbleh bayar dgn apa2 ganjaran.

Aku hanya bleh mengucapkan

TERIMA KASIH DATO' LEE CHONG WEI

RAKYAT MALAYSIA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA DATO' LEE CHONG WEI

Wednesday 7 March 2012

Twitter

Aku baru jer sign up jadi warga twitter......

mmg klakar la....
tetiba je jadi sedikit bengong bangang blur tahap dewa maharaja kaiou dewata raya langit ke tujuh
Amik ko

still try to equip with the twitter thing.....

Anyway sori la dah lama xpost kat blog ni.....

Thursday 19 January 2012

Berita Harian Online | ‘Kami perlu ‘tonik’ sebelum Olimpik London’

Berita Harian Online | ‘Kami perlu ‘tonik’ sebelum Olimpik London’

Kan ada dah cakap aritu...... betapa bodoh, bangang dan sumer la ( malas aku nak tulis ) si Koo Kean Keat- Tan Boon Heong ni lepas diorang break dgn Rexy

See the result..... korang xleh menang pon .... lagi teruk ada...
Skang ni dah jadi camni... baru korang kelam kabut minta tolong dengan rakyat Malaysia, minta simpati sumer

Suka ati korang la..... korang yang buat keputusan ni kan .... sendiri cari pasal...... sendiri selesaikan

Berita Harian Online | 'Orang tengah'

Berita Harian Online | 'Orang tengah'

Untuk details artikel BeritaHarian klik link

Aku just nak comment pasal org tgh sibuk2 nak gandingkan semula Dato' Lee Chong Wei (LCW) dengan Misbun Sidek. Personnally aku sokong sbb
1. Misbun lebih tau permainan LCW dari coach yang ada skang ni. In fact Coach skang ni just amik jer LCW masa LCW dah hebat sangat....
2. Misbun Sidek adalah org yang terbaik untuk coach LCW sekarang. Kalo Malaysia nak pingat Olimpik London 2012 dari badminton esspeacially dari LCW, Misbun la the answer, kita kena pasti kan sumer yg tebaik untuk LCW
3. Kalo ada Misbun kat Coaching area aku rasa kalo LCW bleh beat anybody terutama Lin Dan dan Chen Long tu, just kena tgk luck jer la...

Aku sebagai peminat sukan Malaysia berharap yang terbaik untuk LCW

prof striker